23 Okt 2010

Seni Silat Segenggam

"Seni Silat Segenggam" adalah seni silat melayu yang mana menitikberatkan permainan "Silat Pulut". Tujuan asal ditubuhkan Seni Silat Segenggam ini adalah kerana menjaga amanah guru-guru tua agar silat pulut tidak terhakis dek lajunya rempuhan ombak kemodenan.

Dalam sistem pelajaran Silat Segenggam, terdapat tiga peringkat yang dikenali sebagai
(1)- "Kembang Pagi", (2) "Kembang Tengahari" dan (3) "Kembang Malam".

(1) Kembang Pagi
Dalam pelajaran kembang pagi, pesilat akan diajar tari sembah, tapak empat, melilit, jual beli dan seterusnya cara bermain silat pulut. Namun pada peringkat ini, pesilat hanya diajar melepaskan pukulan dara sunti iaitu sekadar sentuhan untuk memperolehi rasa dan kefahaman dan pergerakan tubuh.

(2) Kembang Tengahari
Peringkat ini mulanya pesilat mengenal kaedah kuncian dan pelepas kuncian. Permainan ini dikenali sebagai " relai benang kusut". Pada peringkat ini juga pesilat mula berlatih dalam menguasai tapak seperti tapak empat, tapak empat dalam, tapak empat luar, tapak tiga, tapak lima, tapak enam, tapak serek, tapak udang, tapak berlian dan pelbagai pecahan tapak dalam serangan atau belaan di dalam permainan silat pulut. Turut diajar pada peringkat ini, buah pukulan seperti pukulan gajah berdorong, buah sepiak pinang sebiji, buah seturut anak ketam, makan gerak, makan dalam gerak, makan tak bergerak, buah pukul berok berayun, buah benteng siku patah dan pelbagai lagi. Kemudian pesilat akan diajar bermain senjata seperti keris, kerambit, parang, golok, tekpi, kayu panjang, tongkat lengkong, kayu sejengkal, kain se ela, pisau wali, kain sebonjol, tumbuk lada, badek dan sebagainya.

(3) Kembang Malam
Kembang Malam adalah RAHSIA sebenar dalam permainan silat pulut.

Sekian serba sedikit penerangan tentang "Seni Silat Segenggam" untuk pengetahuan pengunjung2 blog ini.Terima kasih.

Pengenalan

Assalammualaikum....

Terima kasih kerna sudi singgah di blog " Silat Segenggam" yang tak seberapa ini..Tujuan blog ini dibuat adalah untuk mengeratkan lagi hubungan Silaturrahim antara kita dan untuk berkenalan dengan peminat-peminat warisan senjata melayu. Boleh lah kita bertukar-tukar pandangan, pendapat atau pun pengalaman begitu juga dengan ilmu persilatan mahupun dalam ilmu pergendangan muzik silat melayu.